
Gambar Sekadar Hiasan
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang individu menerima kecaman selepas menyifatkan seorang wanita sebagai ‘kedekut’ hanya kerana membayar hutang dengan jumlah yang tepat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Tak Sangka Jumpa Beg Tangan FOMO Di Bundle Dengan Harga RM20 – ‘Jackpot! Tak Perlu Beratur Panjang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Reseller’ Cekik Darah! Ambil Kesempatan ‘Resell’ Beg FOMO Cecah RM1,000 – ‘Agak-Agaklah Weh’
‘Sen pun nak berkira’
Menerusi ciapan asal di platform X, seorang wanita meminta sudut pandangan orang ramai berkenaan hutang yang melibatkan sen.
Soalnya, sekiranya hutang tersebut mempunyai sen yang banyak seperti RM17.72, adakah pembayar hutang akan menggenapkan bayaran atau membayar dengan jumlah yang tepat?
Bagaimanapun, ciapan tersebut mendapat reaksi negatif daripada segelintir individu.
Individu tersebut bertindak untuk memetik ciapan wanita itu dan mengatakan dia seorang yang berkira kerana membayar dengan jumlah yang tepat berbanding menggenapkan nombor tersebut.
‘Tak berdosa bayar hutang dengan jumlah tepat’
Tidak dinafikan, petikan individu itu menjadi topik bualan hangat di platform X.
Rata-ratanya menyatakan perbuatan untuk membayar hutang dengan jumlah yang tepat tidak salah kerana berada di dunia arus pemodenan yang boleh bayar secara digital.
Sumber: X