Sebelum ini banyak laporan media mengatakan yang Kim Kardashian dan teman lelakinya, Kanye West akan berkahwin dalam masa terdekat.
Tapi nampaknya cerita tu dah tak relevan lagi kerana ada laporan media mengatakan yang Kanye West telah berubah fikiran dan tak mahu mengahwini Kim Kardashian.
Kanye West dikatakan risau akan keadaan kewangannya jika mengahwini Kim kerana teman wanitanya itu seorang yang pemboros dan gemar berbelanja.
Kim Kardashian dan Kanye West
Dia tidak mahu mengahwini Kim kerana wanita itu suka menghabiskan wang dalam jumlah yang banyak setiap kali berbelanja.
Dia membayar ribuan dolar kepada pereka bajunya dan beg tangan jenama Louis Vuitton untuk dipadan dengan setiap bajunya.
Kim yang kini sedang mengandungkan anak Kanye West dijangka akan melahirkan cahaya mata mereka tidak lama lagi.
Berat badan Kim naik mendadak bila mengandung!
Sebelum ini Kim pernah berkahwin dengan Damon Thomas dan bercerai sebelum berkahwin dengan Kris Humpries. Kim kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas 72 hari berkahwin.
Sumber: Digital Spy