berita

Foto : Nelydia & Uqasha Anggun Hiasi Muka Depan Majalah Pengantin

July 16th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Pesona Pengantin 3

Sempena ulangtahun ke-12 majalah Pesona Pengantin, dua adik beradik yang kian meningkat naik iaitu Nelydia dan Uqasha Senrose difahamkan bakal menghiasi muka depan majalah tersebut untuk edisi Ogos 2013.

Bagi edisi kali ini, Nelydia dan Uqasha bakal menggayakan busana pengantin daripada pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Rico Rinaldi dan Rizman Ruzaini, manakala untuk solekan pula mereka telah mendapat sentuhan mekap daripada Baby Elle dan Kelrina Hof.

Menerusi foto yang dipaparkan, Nelydia kelihatan sangat anggun dengan padanan busana rona putih yang dihiasi eleman renda di bahagian leher. Keserian raja sehari turut diserlahkan lagi dengan selitan elemen reben dibahagian sisi bahu.

Pesona Pengantin 9

Dalam pada itu, Uqasha pula kelihatan bertambah manis dan jelita dengan padanan busana rona putih yang dihiasi dengan eleman bermotifkan flora dibahagian sisi bahu. Keayuan pelakon wanita ini dihangatkan lagi dengan dandanan ringkas serta aksesori tambahan dibahagian kepala.

Pesona Pengantin 7

Terdapat pelbagai isu-isu menarik bakal dikupas oleh majalah Pesona Pengantin untuk edisi kali ini, antaranya adalah ketahui pesona gaya dan glamor edisi istimewa, ikuti koleksi rekaan busana pereka tersohor, pelajari sentuhan mekap artis popular serta ketahui fesyen butik pilihan.

Untuk ketahui lebih lanjut topik-topik menarik yang bakal diketengahkan oleh majalah Pesona Pangantin, jangan lupa untuk dapatkannya di pasaran pada bulan hadapan.

Sebelum itu, apa kata anda layan dulu video disebalik tabir sesi fotoshoot Nelydia dan Uqasha bersama majalah berkenaan selepas ini. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Nelydia & Uqasha Senrose

SKIP THIS AD ×