Pelakon jelita berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab, Rabecca Nur Al Islam kini dilihat sedang sarat mengandung dan usia kandungan tersebut dikatakan sudah mencecah 8 bulan lebih.
Menerusi laman sosialnya, Rabecca turut memaklumkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk menunggu kelahiran bayi keduanya itu, yang dijadualkan bakal lahir dalam masa terdekat.
Rabecca diapit oleh teman-teman rapatnya
Meskipun membawa status sebagai ibu mengandung, nampaknya pelakon tersebut masih lagi mampu mengekalkan keanggunan dan kejelitaannya sebagai seorang wanita, sehingga mendapat jolokan sebagai hot mama di kalangan teman-teman rapatnya di laman sosial Instagram.
Artikel Berkaitan :
Sebagai rujukan, Rabecca telah bernikah dengan lelaki pilihannya, Nor Azam Sulaiman, pada 14 Januari 2011 dan mereka telah dikurniakan puteri sulung, Nur Anggun Raverra, pada 2 November 2012.
Bagaimanapun, untuk semua peminat, jom lihat beberapa foto kehamilan Rabecca selepas ini.
Kredit Foto : Instagram & Twitter Rabecca Nur Al Islam