Jika sebelum ini Dato’ Siti Nurhaliza pernah menggandingkan Zain Saidin dan Cha Cha Maembong sebagai model produk wangian beliau, terbaru penyanyi itu telah memilih pelakon dan model jelita, Siti Saleha sebagai muka baru untuk produk kecantikan, SimplySiti White & Detox pula.
Secara umumnya, ini bukanlah iklan TV pertama buat Siti Saleha dan sebelum ini aktres tersebut pernah bekerjasama dengan sebuah produk kecantikan terkenal, Enchanteur Paris.
Melalui iklan yang dipaparkan, produk SimplySiti kali ini lebih menekankan beberapa eleman atau masalah yang kerap kali menghantui kaum wanita di Malaysia, antaranya adalah pancaran sinar UV, pencemaran alam sekitar serta diet yang tidak seimbang.
Sebagai rujukan, produk White & Detox ini mengandungi dua bahan semulajadi iaitu ekstrak madu manuka dan teh hijau yang dipercayai mampu memberi perlindungan terbaik daripada radikal bebas. Selain itu produk ini juga dapat menghindari masalah kulit kusam dan dalam masa yang sama boleh mengembalikan semula kecerahan serta keserian wajah dalam waktu yang singkat.
Untuk makluman, iklan komersial terbaru SimplySiti ini telah pun ditayangkan di stesen televisyen tempatan dan bagi anda yang masih belum menonton penampilan anggun Siti Saleha menerusi iklan tersebut, jom layan video TVC di bawah :