berita

Foto : Rihanna Bertudung Di Abu Dhabi

October 21st, 2013 | by Ai
Hollywood

Ohbulan-Rihanna-10

Sabtu lepas, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Umbrella dan Diamonds, Rihanna, dikatakan telah terbang ke Abu Dhabi bagi menjayakan siri jelajah dunianya yang dikenali sebagai Diamonds World Tour.

Menerusi siri penjelahan tersebut, Rihanna telah menggayakan satu persalinan lengkap berwarna hitam dan lebih menarik lagi apabila penyanyi tersebut turut memakai tudung.

Sepanjang berada di Abu Dhabi, Rihanna telah berpeluang melawat Masjid Sheikh Zayed Grand dan sewaktu berada di kawasan tersebut, penyanyi ini telah berbesar hati untuk mengikut garis panduan berpakaian bagi wanita Arab di sana.

Dalam pada itu, pelantun lagu Diamonds ini turut menjalankan sesi photoshoot di hadapan masjid dengan bantuan jurufoto profesional, Gomillion dan Leupold.

Ohbulan-Rihanna-9

Rihanna berada di hadapan Masjid Sheikh Zayed Grand

Bagi menunjukkan rasa hormat, Rihanna telah menggayakan pakaian yang sopan ketika mengadakan persembahan di Abu Dhabi’s du Arena. Melalui perkongsian foto-foto di laman sosialnya, Rihanna dilihat memakai topi baseball dan set lengkap pakaian berwarna putih sehingga menutupi seluruh tubuh badannya.

Sebagai rujukan, selepas ini Rihanna akan terbang ke Tel Aviv, Israel dan Punta Cana, Republik Dominican bagi meneruskan siri jelajah dunia tersebut.

Oleh itu, untuk semua peminat Rihanna, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik penyanyi tersebut sepanjang berada di Abu Dhabi untuk tatapan anda semua.

Sumber : Eonline & Instagram Rihanna

SKIP THIS AD ×