Memang kecoh ketika satu Malaysia dapat tahu Sammy Simorangkir yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Kerispatih bercinta dengan personaliti TV3, Nadia Annuar.
Habis dikorek seluruh cerita namun keduanya hanya bersahaja dan tidak menunjuk-nunjuk kisah cinta mereka.
Namun semalam, sebuah portal hiburan melaporkan bahawa Sammy dan Nadia sudah pun putus cinta dan menjelaskan bahawa agama menjadi punca.
“Kami kini hanya kawan biasa sahaja dan tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama,”
Nadia Annuar, personaliti TV3
Sammy & Nadia berpisah kerana agama
Sammy dalam temubualnya juga memberitahu bahawa kini dia mahu fokus pada kerjaya dahulu dan akan belajar dari kesilapan yang lalu.
“Saya belajar daripada pengalaman lalu dan sebolehnya biarlah calon isteri saya nanti yang seagama dengan saya.”
Sumber : Kapanlagi