berita

‘Aafiyah Nak Hirup 2 Sudu Je’ – PA Throwback Detik Lucu Tokti Mengidam Sempena Birthday Aafiyah

March 19th, 2020 | by faris
Kini Trending

Ramai yang sedia maklum, penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza menunggu 11 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Diam tak diam, hari ini 19 Mac 2020, genap 2 tahun ulang tahun kelahiran Siti Aafiyah Khalid. Pembantu peribadi penyanyi itu, Rozi Razak mengimbas kenangan memenuhi permintaan mengidam ketika hamil Aafiyah.

Teringin ABC

Rozi di Instagramnya membuat ucapan istimewa untuk puteri kesayangan Tokti itu yang disertakan dengan puisi pendek. Turut mendapat perhatian adalah kisah Tokti mengidam air batu campur (ABC) yang membuatkan dia dan seorang lagi pembantu, Siti Fairuz terpaksa bergegas mencari minuman itu di sekitar Kuala Lumpur.

Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.

Ketika dunia menyapamu
Kali pertama,
Kau adalah kurnia,
Di usiamu menginjak dua,
Kau adalah syurga dan cinta.
-Mak Rozi
19 Mac 2020

Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah. Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg. Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa.

Hirup 2 sudu je

Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair. Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah.

Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha. Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah. .
Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha.

Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina.

Sumber: Rozisangdewi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×