berita

Aaron Aziz Maki Hamun Peminat Di Instagram

July 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Aaron-Aziz

Jika sekadar melihat daripada kebanyakan watak romantik dan penyayang yang dibawakan oleh Aaron Aziz, mesti ada yang tak menyangka pelakon ini boleh tahan garang rupanya.

Hakikatnya, Aaron Aziz cukup pantang sekali apabila ada orang yang menganggu atau cuba menegur urusan yang berkaitan dengan keluarganya.

Perkara ini berlaku apabila Aaron berkongsi sekeping gambar anak-anaknya sedang menanti waktu berbuka di laman Instagram.

Screen Shot 2013-07-17 at 23.14.04

Dan secara kebetulan, ada pula pengikut Aaron di laman sosial tersebut yang menegur cara duduk anak perempuan Aaron yang dilihat agak tidak sopan.

Dari apa yang difahamkan, mereka berpendapat bahawa Aaron sepatutnya mengajar anak-anaknya duduk dengan cara yang betul daripada kecil supaya akan diingati hingga dewasa.

Screen Shot 2013-07-17 at 22.54.32

Bagaimanapun, Aaron membalas komen tersebut dengan kata-kata yang agak kasar dan menyatakan dia tidak perlukan nasihat yang tak munasabah seperti itu.

Dan mungkin kerana terlampau bengang, Aaron telah bertindak memadam komen dan ‘block’ pengikut berkenaan dari laman Instagramnya. Mungkin begini cara seorang bapa melindungi anak-anak dan keluarganya.

SKIP THIS AD ×