berita

‘Abah Dah Jumpa Jam Yatt… Abah Akan Jaga Elok-Elok’

April 25th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Terbaru tular kisah mengenai pemergian adik Mohamad Rayyan Hidayat meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus. Kanak-kanak berusia enam tahun itu dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Artikel berkaitan: ‘Maafkan Abah, Tak Dapat Lindungi Adik’ – Luahan Sayu Bapa Anak Meninggal Didakwa Didera Kekasih Bekas Isteri

Walaubagaimanapun, kanak-kanak itu mempunyai permintaan terakhir belum dipenuhi oleh ayahnya iaitu ingin memiliki kembali seutas jam tangan robot yang telah hilang. Hasrat tersebut telah ditunaikan namun tidak berpeluang untuk menyarungkan di tangan mangsa.

Sekurangnya ada kenangan

Gambar seutas gambar tangan robot ini dimuat naik menerusi laman Facebook milik ayah mangsa.

Cari punya cari… Dapat jugak jumpa jam abah hadiah kat yatt… Walaupun dah patah habis semua… Tapi abah taw… Mesti yatt punya kerja la ni.. Selalu beli mainan tak dan seminggu mesti lingkup… Tapi tak apa la.. Kurang-kurang abah tau yatt terima dan main jam ni… Ada jugak kenangan yang abah boleh simpan…. Alhamdulillah…

Menurut mStar Online, ayah mangsa, Hairil berkata dia mendapat berita gembira mengenai penemuan jam tangan tersebut di rumah bekas ibu mertuanya di Kangar. Setelah dia tergerak hati untuk bertanyakan kepada beberapa pihak mengenai status jam tangan tersebut kerana terlalu rindu terhadap arwah anaknya.

Mungkin itu pengubat rindu

Ibu saudara arwah ada beritahu saya mengenai jam tu ditemui di bawah katil di rumah bekas ibu mertua. Bila saya dapat tahu, semalam juga saya pergi dapatkannya. Syukur Alhamdulillah, hadiah terakhir buat arwah dijumpai. Tak tahu kenapa hati saya kuat untuk nak tahu di mana jam ni. Mungkin ini menjadi antara pengubat rindu dekat arwah. Masa dapat jam ni pun tak tahu macam mana rasa, nak bergenang pun ada.

Melihat kepada keadaan jam tangan itu cukup menyakinkan dirinya bahawa arwah anak telah menggunakannya sejak ia dihadiahkan pada pertengahan Mac lalu. Malah, ianya boleh menjadi pengubat rindu kepada mangsa.

‘Saya akan simpan elok-elok’

Tak apalah, saya akan simpan elok-elok dan bawa ke mana-mana. Saya berharap terus diberikan kekuatan selepas apa yang berlaku. Jam tangan ini merupakan kenangan terakhir saya bersama arwah. Yatt… abah dah jumpa jam Yatt ni.

Walaubagaimanapun, suspek lelaki berumur 26 tahun dan ibu mangsa berusia 31 tahun ditahan Khamis lalu ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar. Mereka direman sehingga 26 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Credit: mStar Online

SKIP THIS AD ×