Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Sebagai insan yang masih bernyawa, kita mesti tetap kuat dan tidak terbawa-bawa dengan kehilangan orang tersayang. Namun, tidak menjadi kesalahan untuk bersedih kerana ianya sudah lumrah manusia.
Hos sensasi Neelofa berkongsi berita sedih pemergian datuk yang dipanggil ‘Abah’ menerusi sosial medianya, semalam. Coretan Neelofa itu turut membuatkan netizen terkesan.
Abah banyak mengajar tentang hidup
https://www.instagram.com/p/Bqa-0nzHzWs/
Lofa meluahkan kesedihannya menerusi satu pos Instagram yang turut menyertakan video dan gambar bersama arwah, Noor Mohamed sebelum ini. Menurut Lofa pemergian abah membuatkan dia berduka kerana lelaki itu banyak mengajarkannya tentang hidup.
Abah akhirnya tinggalkan kami. Hati saya patah dan sebahagiannya pergi bersamamu. Abah banyak mengajar erti hidup, cinta, keluarga dan segalanya. Abah antara orang yang saya tak sabar-sabar untuk saya jumpa setiap kali balik Kelantan. Sekarang abah tiada lagi.
Saya akan merindukan segalanya tentang abah. Sekarang pun dah rindu. Ada banyak benda nak ditulis pasal abah tapi saya rasa banyak sudah diluahkan ketika bersama abah, moga-moga abah dengar. Berehatlah, abah. Semoga Allah mengurniakan syurga tertinggi untukmu. Sayang abah.
Pergi di hari Maulud Nabi
Individu penting dalam hidup
Tulis heroin Suri Hati Mr Pilot ini lagi, abah menjadi insan penting dalam hidupnya. Kasih sayang abah untuk mereka sekeluarga tidak berpenghujung. Tambahnya lagi, abah seorang elalki yang baik, pemurah dan penyayang sekaligus membuatkan dirinya bersedih dengan kehilangan itu.
Sumber: Neelofa