berita

Abam Harap Kevin Zahri Tak Salah Faham Dengan #GemukIsAwesome

April 10th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-04-10 at 11.34.17 AM

Ingat lagi tak beberapa hari lepas kami ada melaporkan mengenai nasihat pakar kesihatan, Kevin Zahri kepada Abam Bocey?

Alahh, nasihat mengenai tagline famous Abam iaitu #GemukIsAwesome yang jadi viral selepas kemenangannya di ABPBH2014 kelmarin.

Artikel Berkaita: #GemukIsAwesome: Kevin Zahri Sedia Bantu Abam Bocey ‘Lebih Sihat’

Enggan berdiam diri, ini jawapan Abam kepada Kevin. Fuh!

Harap Kevin Tak Salah Anggap

Screen Shot 2015-04-10 at 11.35.47 AM

Menerusi laporan Kosmo! Abam memberitahu dia sebenarnya melaungkan #GemukIsAwesome kerana mahu membuktikan bahawa orang yang berbadan besar juga boleh maju dalam setiap bidang yang diceburi.

Saya pasti, niat Kevin Zahri baik. Saya berharap dia berbuat demikian kerana salah anggap tujuan saya melaungkan slogan tersebut. ‘Gemuk Is Awesome’ melambangkan bahawa orang yang berbadan besar turut boleh maju dalam setiap bidang yang diceburi, bukan menggalakkan orang lain untuk terus mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.

Abam Nak Turun 30 Kilogram

Screen Shot 2015-04-10 at 11.36.26 AM

Haa, susulan itu, kata Abam lagi, dia sebenarnya ingin menurunkan berat bada sebanyak 20-30 kilogram. Bukan kerana nak kurus, tapi lebih kepada ingin menjaga kesihatan.

Saya bukan mahu kurus sangat, sebaliknya lebih mementingkan kesihatan.

Mungkin Abam boleh mendapatkan nasihat dan khidmat Kevin kan? Iyalah, kelmarin kan Kevin dah offer. Apapun, kami doakan semoga Abam berjaya menurunkan berat badan seperti yang dihajati.

SKIP THIS AD ×