Lelaki yang tular dengan nama panggilan ‘Abang Blazer Merah’ tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafannya menyerang seorang individu yang merupakan penghantar makanan yang berasal dari Sabah dalam insiden di sebuah bangunan di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Tak Dibenarkan Masuk Dalam Bangunan, Pengawal Keselamatan Bergaduh Dengan Abang ‘Rider’
Nafi tak suka orang Sabah
@ranggi017? bunyi asal – ranggi017
Menerusi video yang dimuat naik @ranggi017, lelaki tersebut membuat permohonan maaf khususnya kepada rakyat Sabah yang terguris dengan tindakan serta kata-kata yang dilemparkannya di dalam video yang tular.
Menurutnya lagi, dia sama sekali tidak berniat untuk bertindak keterlaluan seperti mana yang dilakukannya terhadap terhadap penghantar makanan tersebut.
Saya dikenali sebagai ‘blazer merah’ ingin membuat permohonan maaf terhadap orang-orang Sabah atau kepada sesiapa sahaja yang terasa dengan percakapan serta tindakan saya seperti mana yang telah tular dalam video yang lepas.
Saya tidak ingin perkara ini terjadi dan saya juga tidak ingin perkara ini berlarutan.
Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke jari saya dan supaya perkara ini tidak berlaku dan berpanjangan.
Dalam pada itu, lelaki tersebut juga menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mempunyai masalah dengan orang-orang Sabah.
Saya tiada masalah dengan orang lain juga tiada masalah dengan orang-orang Sabah. Saya sayang semua orang, I love Sabah.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih buat semua orang yang ingin membantu menyelesaikan kes saya ini.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen dilihat tetap mahu kes yang tular itu diselesaikan di mahkamah meskipun lelaki tersebut sudah pun membuat permohonan maaf.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji tindakannya yang berani untuk membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media sosial.
Terdahulu, tularnya video memaparkan lelaki tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan di Kuala Lumpur bertindak menyerang seorang penghantar makanan.
Menerusi video tersebut, dipercayai lelaki berikut bertindak sedemikian dengan alasan penghantar makanan tersebut mempunyai loghat yang kedengaran sedikit berbeza dari bahasa Melayu.
Sumber: TikTok