Gambar sekadar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan tiga tahun terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba selepas tangannya tersangkut pada kotak pembesar suara di kediamannya di Taman Kinamount, Kota Kinabalu, semalam (Selasa).
Artikel Berkaitan: Kereta Rempuh Babi Hutan, Satu Keluarga Nyaris Maut
Artikel Berkaitan: Kepala Kanak-Kanak 6 Tahun Tersepit Kerusi Di Tadika
Bantuan bomba
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan telah memasukkan tangannya pada sebuah kotak pembesar suara, namun gagal mengeluarkan semula tangannya sehingga keluarganya terpaksa menghubungi bomba semasa kejadian sekitar jam 3.30 petang itu.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.41 petang dan seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.
Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi terus bertindak membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dengan penggunaan peralatan khas. Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS. Operasi berkenaan tamat pada jam empat petang.
Sumber: Harian Metro