berita

‘Abang Dah Jadi Ayah, Kenapa Tak Menangis?’ – Maryam Beritahu Hamil, Suami ‘Confuse’ Nak Percaya Ke Tak

April 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral mengenai reaksi ‘terkejut’ personaliti media sosial, Maryam You Narae selepas pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur mengenai bentuk tubuhnya seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program.

Artikel berkaitan:‘Dia Gemuk Ada Benda Lah!’ – Reaksi Terkejut Maryam Bila Fauziah Nawi ‘Pecah Rahsia’ Berbadan Dua

Terbaru, Maryam mendedahkan dia dan suami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi. Menerusi video yang dimuatnaik, Maryam membuat kejutan khas buat suaminya, Ryzal. Bukan main happy lagi, tahniah korang!

Hamil 3 bulan

Maryam Hamil 3 Bulan! Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah. Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami. Durian kimchi Junior bakal menyusul.

Menurut Maryam, dia kini sedang hamil 3 bulan. Tambahnya, berita kehamilan ini merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup mereka setelah dua tahun menanti. Jelasnya lagi, dia akan memberitahu dari masa ke semasa mengenai kandungannya kepada para peminat.

Abang awak dah jadi ayah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Abang awak dah jadi ayah. Betul lah. Ini serius, macam mana sayang tahu. Semalam sayang buat ‘pregnancy test’. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit. Sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya. Mereka cakap, mereka pasti saya mengandung. Ini bukan prank abang. Mereka ada pengalaman, saya cuma hantar gambar. Semua orang kalau video macam ni akan menangis, kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya. Saya akan tunjuk video dan mesej dekat rumah.

Menerusi video berdurasi 5:21 saat, Ryzal kelihatan tidak percaya sebaik sahaja isterinya itu memberitahu berita gembira tersebut. Menurut Ryzal, Maryam seorang yang pandai bergurau dan hal tersebut menyebabkan dia tidak pasti sama ada isterinya itu benar-benar hamil ataupun tidak. Di akhir video tersebut, Ryzal kelihatan ingin mengalirkan air mata dan gembira kerana mereka bakal dikurniakan zuriat tidak lama lagi.

Sumber: Duriankimchi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×