berita

Abang Lori Jadi Pilihan Hati Model Jelita, Sanggup Berhenti Kerja Ikut Suami Hantar Barang

September 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

model abang lori

Foto: Tribun News

Seorang model rela meninggalkan dunia peragaan demi berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu pemandu lori.

Artikel Berkaitan: Berbekalkan SPM, Jejaka Dari Kelindan Lori Berjaya Ke Dunia Penerbangan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hilang Beratus Pengikut Sebab ‘Naked Face’, Zahnita Wilson Bersolek Semula – ‘Dah Sikat Rambut’

Bangga dengan pekerjaan suami

model abang lori

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun News, model tersebut dikenali sebagai Putri Liliana yang berasal dari Rembang, wilayah Jawa Tengah, Indonesia.

Putri berkongsi tentang kisah cinta bersama jejaka berkenaan di platform TikTok miliknya.

Menurutnya, dia sering menerima cemuhan dan kata-kata negatif daripada orang ramai terutama ketika menjalin hubungan cinta bersama lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Putri sama sekali tidak pernah mengambil endah akan kata-kata mereka malah dia berasa bangga dengan pekerjaan suaminya itu.

Wanita itu juga rela meninggalkan dunia glamor untuk berkahwin dan hidup bersama suaminya selain sanggup mengikut lelaki tersebut menaiki lori ke mana sahaja untuk menghantar barang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan kagum dengan pendirian Putri. Dalam masa yang sama, pengikutnya turut menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang bertuah kerana memiliki gadis yang cantik dan baik seperti Putri.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×