berita

Abang Nor Hidayah Dedah Derita Hamzah Disihir, Mulut Berbuih Sampai Nyawa Ikan – ‘Budak Bukan Lawan Kau!’

April 5th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, balu kepada Allahyarham Abam, Siti Nor Hidayah berkongsi berita mengejutkan dengan mendedahkan dirinya disihir sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: Hidayah Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal, Minta Pertolongan Cari Pakar Perubatan Islam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengamal Perubatan Islam ‘Sekolahkan’ Ali Puteh, Bukan Sihir Cuma Proses Memagar Rumah

Hamzah disihir sejak bayi?

Terbaru, abang kepada Nor Hidayah yang dikenali sebagai Mohd Azmier pula tampil membuat satu pendedahan mengenai keadaan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah.

Menerusi hantaran dibuat Azmier itu, dia begitu sedih melihat keadaan Hamzah yang dikatakan tidak larat untuk memegang sudu sewaktu makan.

Mana Ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah) biasa tangan kanan sihat sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh, hilang selera Ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan Ayahjang, sanggup kau buat anak Ayah.

Sabar ya sayang, Ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis & melukis memegang macam biasa, orang yang sihir anak Ayahjang ni akan terima balasan Allah.

Bahkan, Hamzah juga memaklumkan bahawa sihir yang dihantar kepada Hamzah itu telah menyebabkannya sukar untuk tidur di waktu malam.

Banyak penderitaan kau (penyihir) buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby kau sihir ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-menangis sampai tidur dia tak normal kau sihirkan, sampai dah besar sikit ni pun kau masih sanggup lagi hantar sihir sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital.

Sistem urat saraf rosak

Bukan itu sahaja, abang kepada Hidayah itu turut mendedahkan bahawa perbuatan sihir terhadap Hamzah telah menyebabkan anak saudaranya itu mengalami kerosakan pada sistem urat sarafnya.

Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah, apa ucuk aku buat pada kau? Apa dosa dia pada kau?

Sanggup buat dia mcm ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku kau asyik hantar-hantar sihir budak ni sihat je, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku. Sampai dah nak nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih, Budak bukan lawan kau!

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar masalah kesihatan yang dihadapi Hamzah segera pulih.

Sebelum ini, Hidayah memohon bantuan orang ramai untuk mencari pakar perubatan Islam bagi membantu dirinya dan Hamzah yang disihir berlarutan sehingga ke hari ini.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×