Sebelum ini, kerbau milik Muhammad Syukur Khamis, dilaporkan mati secara tiba-tiba kerana diserang penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.
Artikel berkaitan: Kerbau Adik Syukor Mati Kerana Hawar Berdarah, Jabatan Veterinar Mohon Penternak Sabar
Menerusi laporan Harian Metro, abang kepada Syukur iaitu Alias memberitahu mereka sekeluarga tidak pernah meminta sumbangan orang ramai seperti yang viral di media sosial.
Tidak berbincang dengan ahli keluarga
Saya tidak pernah mengarahkan atau mewakilkan kepada sesiapa untuk mendapatkan sumbangan orang ramai seperti yang tular di media sosial itu. Niat pengguna FB itu baik cuma tidak kena cara kerana membuatnya tanpa persetujuan kami. Saya akui nombor akaun CIMB Bank yang disertakan dalam hantaran itu memang nombor akaun saya.
Bagaimanapun saya tidak pernah mengarahkan atau meminta sesiapa memuat naik hantaran seperti itu di FB. Memang saya ada memberi nombor akaun kepada kenalan dan peminat Muhammad Syukur yang berhasrat memberi sumbangan tetapi tidak pernah meminta ia ditularkan untuk mendapatkan sumbangan secara umum di media sosial.
Menurut Alias, seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu posting yang meminta orang ramai memberikan sumbangan kepada keluarganya susulan kematian banyak kerbau selepas dijangkiti penyakit berkenaan.Tambahnya, dia dan keluarga sudah berbincang dan mereka tidak akan meraih simpati serta meminta sumbangan orang ramai di medi sosial.
Bimbang kes penipuan
Jika betul ingin membantu mereka boleh terus hubungi saya atau ahli keluarga lain secara peribadi. Kami sekeluarga bimbang sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan kami. Maklumlah sekarang banyak kes penipuan dalam internet justeru bimbang sekiranya nama baik keluarga turut terpalit dengan kes penipuan dan sebagainya.
Alias turut memberitahu beberapa rakan mereka termasuk jurugambar dan artis telah menghulurkan sumbangan secara peribadi. Sumbangan tersebut sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka sekeluarga. Terdahulu. hampir 30 lebih kerbau keluarga mereka telah mati.
Sumber: Harian Metro