berita

Kerbau Adik Syukor Mati Kerana Hawar Berdarah, Jabatan Veterinar Mohon Penternak Sabar

September 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai ‘budak kerbau’, Syukor yang kehilangan lebih 30 ekor kerbau secara mengejut hari ini. Kesemua kerbau itu telah mati di Kandang Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Serada, Terengganu.

Artikel berkaitan: ‘Mungkin Sekarang Musim Wabak’ – 25 Ekor Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu , kesemua kerbau telah diserang penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.

Perlu menyuntik vaksin

Penyakit ini bermula sejak Ogos lalu tetapi sudah pulih sekejap namun bermula semula pada 12 September. Saya sudah mengingatkan penternak supaya sentiasa menyuntik vaksin pencegahan HS ke atas ternakan mereka. Malangnya tidak semua penternak yang akur dengan arahan dan memberi kerjasama pada akhirnya mereka mengalami kerugian.

Kes pertama HS bermula pada 9 Ogos membabitkan kematian 22 kerbau dan 15 lembu dan kematian terakhir pada 28 Ogos lalu. JPV memulakan penvaksinan HS pada 30 Ogos ke atas 675 lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak di 12 kampung. Pada 12 September berlaku kes HS baru di Kampung Banggol Peradong membabitkan kematian tujuh kerbau milik seorang penternak.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali, pengesahan tersebut dibuat berdasarkan keadaan kerbau dan kadar kematian kerbau di tempat lain. Tambah beliau, kes tersebut mula dikesan di Kampung Tumang Jerong, Marang.

Penternak perlu bersabar

Dalam keadaan sekarang hadkan pergerakan ternakan sama ada lembu atau kerbau ke kawasan lain. Kedatangan lori peraih ternakan daripada datang ke kandang ternak juga perlu dihadkan. Segala bentuk perjalanan dan pemindahan haiwan ternakan perlu mendapat permit perjalanan daripada JPV terlebih dahulu bagi mengelakkan penularan wabak ke tempat lain.

Termizi turut memberi nasihat buat semua penternak agar bersabar dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihaknya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×