Hmm..apa nak cakap pun tak tahu. Selepas Izreen Azminda sah bercerai dengan suaminya semalam, hari ini Abby Abadi pula dikatakan telah sah bercerai.
Melalui laporan Harian Metro hari ini, bekas anggota kumpulan Elite itu sah bercerai dengan suaminya Muhammad Noor Farhan dengan talak satu.
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesahkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar oleh bekas suami Abby pada 9 Mei lalu.
Aby & Farhan sah bercerai talak satu
Terdahulu, kami difahamkan, mesej berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” telah dihantar pada pukul 10.25 pagi selepas mereka berselisihan faham pada malam sebelumnya.
Artikel Berkaitan: Sumber Dakwa Abby Abadi Dapat Cerai Melalui SMS
Sekadar mengimbas kembali, Abby dan Farhan mendirikan rumahtangga secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.
Hasil perkahwinannya yang pertama, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5.