berita

Abby Abadi Hentam Isu K-Pop

January 13th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-01-13 at 00.05.40

Percayalah cakap kami, isu panas macam ni takkan habis dalam masa sehari dua. Lebih-lebih lagi makin banyak pihak yang masih menyuarakan pendapat masing-masing secara terbuka mahupun tertutup.

Terbaru, Abby Abadi menerusi laman Instagramnya turut terpanggil untuk menyentuh soal gadis Melayu yang dipeluk dan dicium penyanyi K-Pop tempoh hari.

Artikel berkaitan:

“Program K-Pop Lagi Teruk Dari Peluk Anjing”

Screen Shot 2015-01-12 at 18.00.30

Abby memetik ulasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman di Intagramnya yang berbunyi begini:

Program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.
Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian. Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa.

???????????? KPOP Oh KPOP ???????????? Ulasan Ust Zaharuddin Abd Rahman: Astaghfirullahal ‘Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing. Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula. Tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh dari DILIHAT, nampaknya hanya sekadar hiasan & fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium. Video ini telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya. Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube. Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan hangat mengutuk seperti dilakukan ketika mengecam program-program menyentuh anjing kerana DOSA pelukan sepeti dalam video ini DAN pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat. Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahala serta mampu menjauhi kemurkaanMu. TIDAK PERLU maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian. #Bersambung

A video posted by Syuhada Kasih Abadi (@abby_abadi112) on

Pengaruh Drama & Filem Jadi Punca?

Screen Shot 2015-01-13 at 00.07.47

Terkejut juga kami apabila Abby tak menyalahkan gadis-gadis berkenaan 100%, namun dilihat cuba menasihati artis dan industri hiburan tempatan yang dipercayai turut sama menggalakkan aktiviti tak bermoral seperti ini menerusi drama dan filem.

Screen Shot 2015-01-12 at 23.42.45

Iyalah, Abby kan pernah berada dalam industri hiburan suatu ketika dahulu, jadi dah tentulah dia lebih tahu asam garamnya, kan?

Apapun kami harap, adik-adik kita ni belajar dari kesilapan dan tak terlampau fanatik ataupun terlalu mengikut pengaruh yang tak mendatangkan faedah di masa akan datang.

SKIP THIS AD ×