Belum habis kisah Abby Abadi menyelar tindakan JAKIM tentang insiden gadis dipeluk artis K-Pop, kini Abby kembali lagi dengan teguran khas buat seorang pelakon lelaki.
Hmm, kalau lihat daripada artikel yang dimuat naik Abby melalui laman Instagramnya, sudah terang lagi bersuluh, tegurannya kali ini ditujukan kepada Adi Putra.
Tapi, kami tak mahulah pakai serkap jarang je. Kalau korang nak pastikan, cuba cek sendiri di google. Hehe. Apapun, jom tengok apa nasihat Abby.
Pekerjaan berdosa
Walaupun Abby tidak menyebut mana-mana nama pelakon, tetapi ia seolah-olah berkait rapat dengan kenyataan Adi Putra sebelum ini.
Kata Abby :
Orang yang melakukan maksiat secara terbuka atau terang-terangan di hadapan manusia. Seperti apa yang dilakukan para penyanyi dan pelakon, yang menyanyi atau berlakon tanpa batas, shooting depan krew yang ramai, kemudian disiarkan pula dlm tv, panggung wayang, youtube dan sebagainya.
Perbuatan yang hina
Jenis pekerjaan yang seperti inilah telah melakukan dua perbuatan dosa sekaligus, iaitu:
Menampakkan kemaksiatannya dengan bangganya dan membuka pula keaiban sendiri dgn mendedahkan aurat dan bersentuhan. Dan telah kita ketahui bersama bahwasanya kedua hal tersebut adalah perbuatan yang sangat hina dan tercela disisi DIA. Berlipat kali ganda lagi dosa bila yang melakukan itu pasangan yang bukan mahram atau dipasangkan dengan suami atau isteri orang.