berita

‘Abe Urut, Saya Ji**t’ – Suhaimi Saad Dedah Masih Terima Mesej Lucah Minta Khidmat Seks

February 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Kecoh sebelum ini apabila bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad, mengaku bahawa dia merupakan individu yang sebenar di dalam sebuah aplikasi mencari pasangan sejenis. Tambahnya, dia menggunakan aplikasi ‘grindr’ itu untuk menawarkan khidmat urut sahaja.

Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Mengaku Tawar Khidmat Urut Dalam Aplikasi Grindr

Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Tubuh Kumpulan Nasyid Baru ‘Bismillah’ Bersama Anak & Isteri

Susulan daripada pengakuan tersebut, Suhaimi telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen di Facebook. Kebanyakan kiriman yang berunsur ‘biadab’ itu berjaya di screenshot oleh Suhaimi dan dikongsikan kepada umum di akaun media sosialnya itu.

Semoga dilaknat Tuhan

Allah lah yang memberi hidayah dan menyesatkan sesiapa saja yang Dia kehendaki. Padahal setiap jiwa itu dikurniakan akal, hati dan petunjuk untuk menilai dan memilih sama ada mahu melakukan kebaikan atau kejahatan, pahala atau dosa, syurga atau neraka. Sesuai dengan ilmu dan ketetapan Allah. Pilihlah kebaikan, orang yang baik dan jalan untuk memperbaiki diri. Demi Allah, Setiap kata kata, tulisan dan perilaku kita akan diperlihatkan lebih detail daripada apa yang ss perlihatkan ini.

Menurut Suhaimi, setiap manusia di dalam dunia ini mempunyai akal untuk berfikir dan boleh membezakan yang mana satu baik dan buruk. Seperti screenshot yang dikongsikan olehnya itu, salah seorang individu telah memberi cemuhan terhadapnya selepas pengakuan yang dibuat tempoh hari. Lebih menyedihkan, individu tersebut mendoakan agar Tuhan melaknatnya kerana melakukan perkara sebegitu. Manakala, seorang lagi individu membuat permohonan maaf kepada Suhaimi kerana meninggalkan komen yang melampaui batas sebelum ini.

Tak payah pakai baju

Dia ingat aku ni aiskrim agaknya. Kalau air liur kau tu suci macam air liur nabi, tak apa. Entah ada Corona ke, Tibi ke, dah tak memasal aku nak kena tonggeng pulak untuk swab bagai.

Selain menerima kecaman, Suhaimi turut menerima mesej berbaur lucah. Menurut pengirim tersebut, dia mahu melakukan sesuatu terhadap Suhaimi semasa mendapatkan khidmat urut yang ditawarkan.

Aku adalah aku

Bulan lepas Pondan. Minggu lepas Gay. Minggu ni Bisex. Harap-harap minggu depan Jantan la. Orang yang ikhlas nak membetulkan orang, dia takkan tulis kat ruang komen. Itu sebenarnya tindakan mengaibkan atau mengumpul like. Kau takkan kenal aku sehinggalah kau jumpa aku. Ingat, aku tak peduli kau siapa.

Selepas memuat naik screenshot tersebut, Suhaimi turut memuat naik beberapa posting di mana dia dipercayai meluahkan segala isi hatinya. Jelasnya, orang yang ikhlas hendak membetulkan kesalahan orang lain tidak perlu melakukan teguran secara terbuka. Ujarnya lagi, dia tetap menjadi dirinya walau apa jua keadaan.

Sumber: Suhaimi Saad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×