berita

Abon Kemalangan, Kereta Masuk Longkang

February 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Abon kemalangan

Berpunca daripada cuaca hujan dan keadaan jalan raya yang licin, seorang pelawak terkenal, Abon dikatakan telah mengalami kemalangan dan kereta yang dinaikinya telah terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau pagi semalam.

Menurut Abon, kereta yang dipandunya telah melanggar sebuah tebing tanah dan terperosok  ke dalam longkang.

“Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang.”

Abon turut menceritakan bahawa sewaktu kejadian berlaku, dirinya baru sahaja selesai menghadiri majlis makan malam ‘My Beautiful Malaysia’ di Gambang, sebelum bertolak ke Mersing bagi memenuhi undangan majlis di Dataran Pulau, Mersing.

Oleh kerana tidak mahu menghampakan peminat-peminatnya, Abon telah mengambil keputusan untuk meninggalkan keretanya di tempat kejadian, lalu menumpang kenderaan lain untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×