berita

#ABPBH35: Bolos Top 5 Tanpa Kontroversi, Amir Masdi & Peminat Bekerja Keras Demi Raih Trofi

July 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tercalon sebagai Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi Amir Masdi serta peminatnya kini mengatur langkah bagi memperoleh kemenangan di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Artikel Berkaitan: Amir Masdi Jarang ‘Lepak’ Dengan Kawan, Tumpu Hasilkan Album Pertama

Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Tak Nak Yang Ini’ – Buat Trend Terlanggar Jodoh, Peminat Tak Restu Amir Masdi Dengan Sharifah Rose

Amir bersyukur

Menurut Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, dia bersyukur kerana populariti yang diperoleh ‘suci’ daripada kontroversi panas.

Amir juga berkata usaha kerasnya sebagai seorang anak seni sejak dari dahulu hingga sekarang dilakukan dengan penuh ikhlas.

Bagi saya kontroversi ini boleh jadi macam-macam cara dan saya bersyukur sangat saya tidak pernah terlibat dengan kontroversi.

Kalau boleh saya nak kekalkan begitu. Saya kerja dengan cara yang tulus dan dengan cara yang sepatutnya.

Amir berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis pelancaran dan showcase album Amir Masdi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amir menghargai setiap usaha daripada peminat yang bergabung tenaga mengundi untuk dirinya.

Sebelum ini saya ada jumpa peminat hampir setiap minggu, jadi kami lebih rapat dan lebih bersemangat untuk mengundi. Tanpa mereka saya tak akan ada undian.

Saya tahu peminat saya bertungkus lumus dan saya mahu ucapkan terima kasih banyak-banyak. Saya harap sangat usaha mereka dan usaha saya akan memberikan hasil yang positif.

Menang atau kalah itu bonus, selagi boleh kami akan berjuang untuk mendapatkan trofi.

Untuk info, menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular antara calon lain yang berentap adalah Hael Husaini, Haqiem Rusli, Khai Bahar dan Naqiu. Manakala bagi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular calon lain yang turut bersaing adalah Dolla, Ernie Zakri & Syamel, Nuha Bahrin & Naufal Azrin serta Siti Nordiana & Bunga Isme.

Undian kini masih dibuka buat peminat untuk mengundi selebriti kegemaran melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

SKIP THIS AD ×