Hero dan heroin drama Melur Untuk Firdaus iaitu Anna Jobling dan Meerqeen meluahkan rasa bersyukur apabila berjaya mengguli empat kategori bagi ABPBH35.
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Anna Jobling Tak Letak Harapan Tinggi – ‘Saya Takut Kecewa’
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Ungguli Percalonan Top 5 ABPBH35! Meerqeen, Amir Ahnaf & Mierul Aiman ‘Follow’ Rapat
Fenomena Melur Untuk Firdaus
Pemenang kategori BBNU Wanita Popular dan Aktres TV Popular, sama sekali tidak menyangka bakal meraih trofi walaupun pertama kali dicalonkan.
Saya tak sangka pun saya akan menang, tercalon pun saya dah rasa cukup bersyukur sebab ini pertama kali saya dicalonkan di ABPBH, Alhamdulillah.
Paling tak sangka kategori BBNU kerana yang tercalon semuanya hebat-hebat.
Dalam pada itu, dia juga berterima kasih yang tidak terhingga terhadap penyokongnya terutama yang sanggup terbang dari Indonesia semata-mata untuk memberi sokongan kepadanya.
Saya baru dapat tahu ada peminat datang dari Indonesia, saya rasa sangat berbesar hati kerana mereka sanggup terbang dari sana untuk saya.
Sementara itu, Meerqeen menyifatkan kemenangan bagi kategori Aktor TV Lelaki Popular adalah sebuah kejayaan yang bukan sahaja untuk kariernya tetapi ia adalah penghargaan besar daripada para peminat setelah empat tahun bergelar anak seni.
Saya tak menyangka sebenarnya sebab ini adalah tahun keempat saya di dalam industri. Bertanding dengan pelakon-pelakon hebat yang dah ‘establish’ dekat Malaysia.
Menjadi sebahagian artis yang tercalon di dalam kategori tersebut pun sudah cukup bersyukur..Top 5 pun sudah cukup untuk saya. Ianya satu bonus bukan untuk saya tetapi untuk peminat-peminat.
Aktor berusia 23 tahun ini juga mengucapkan rasa syukur kerana namanya mula dikenali menerusi fenomena drama Melur Untuk Firdaus.
Alhamdulillah disebabkan drama Melur Untuk Firdaus karya saya mula diterima.
Dalam pada itu, Anna dan Meerqeen juga berjaya meraih kemenangan bagi kategori Couple TV Popular di anugerah berprestij itu.