berita

#ABPBH35: Sofia Albarakbah Pelik Netizen Masih Label Dirinya ‘Jahat’ – ‘Itu Antara Dia Dengan Tuhan’

July 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon Sofia Albarakbah berasa hairan dengan sikap segelintir pihak yang masih melabelkan dirinya seorang yang teruk atau jahat.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Aina Abdul Berabis Puluhan Ribu Untuk Tiga Busana ‘Outstanding’

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Usaha 37 Tahun Bell Ngasri Jadi Pelakon Berbaloi- ‘Saya Tiada Kelab Peminat, Allah Izinkan Menang’

Masih dibenci

Ketika ditemui OhBulan!, Sofia berkata dia hanya mahu mempertahankan dirinya daripada sebarang fitnah yang tidak berasas.

Malah, jelas Sofia meskipun ada pihak yang tidak menyukai dirinya, namun percaya masih ada yang menyayangi.

Saya tidak tahu mengapa orang masih cop saya teruk. Malah kenyataan sebelum ini pun saya buat disebabkan mulut-mulut orang ramai yang memetik nama saya.

Tidak patut fitnah diri saya sebegitu, saya hanya mahu pertahankan diri saya. Kalau orang ramai masih nak bercakap, itu antara dia dengan Tuhan.

Saya percaya, kalau ada seribu orang benci saya mesti ada seribu orang lain yang sayang saya. Malas nak fikir, orang yang kenal saya sahaja tahu saya bagaimana.

Biar orang buat saya, tapi saya jangan buat orang. Bila baik Allah akan sayang.

Sofia berkata demikian ketika ditemui di sidang media ABPBH 35 yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat.

Malam kemuncak ABPBH 35 turut menyaksikan Sofia berjaya merangkul trofi Aktres Filem Popular sekali gus menewaskan empat calon iaitu Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahirudin.

Buktikan layak menang

Berkongsi mengenai perasaan, aktres berusia 30 tahun itu berkata dia akhirnya dapat membuktikan dirinya layak menggenggam trofi tersebut.

Saya akhirnya dapat buktikan dekat semua orang yang saya layak menerima anugerah ini. Sangat bersyukur.

Anugerah ini sangat bermakna untuk saya, sebab sudah pasti dalam setiap apa yang saya lakukan, pastinya mahukan pulangan atau pencapaian.

Saya akan berlakon lebih banyak filem selepas ini dan akan sentiasa berikan yang terbaik dalam karya saya, Insya-Allah.

SKIP THIS AD ×