Minggu lalu telah berlangsung satu-satunya acara larian paling unik dan menarik yang pernah diadakan di Malaysia kerana peserta berpeluang untuk beriadah sambil berhibur sepuasnya.
Seramai lebih 8,000 pengunjung telah menyertai acara ini samada berjalan, berlari dan menari sepanjang 5 kilometer dengan pelbagai rangkaian lagu berunsurkan Pop Divas, Indie, Pop Kings , Hip Hop dan Dance.
Kalau nak tahu, semasa larian itu, peserta akan melalui lima zon muzik dengan jarak 1km dan setiap zon mewakili genre muzik yang telah ditetapkan.
Antara peserta yang menyertai The Music Run
Ketika acara larian sedang berlangsung, para peserta juga berkesempatan untuk bergambar bersama ‘cut-out’ penyanyi-penyanyi pop lelaki terkenal seperti Justin Timberlake, Bruno Mars dan Robin Thicke.
Jarang dibuat dimana-mana acara larian lain, pada akhir larian 5km tersebut, semua pelari diberikan ais krim secara percuma di gerai Hotlink.
Acara yang menggabungkan muzik dan gaya hidup aktif ini bukan saja untuk berhibur, malah ia berjaya memberikan pelbagai kenangan manis kepada para peserta.
Jadi, kepada anda yang sudah terlepas, kita tunggu lain kali ya. Manalah tahu penganjur nak adakan The Music Run 2 pula lepas ini kan?