berita

Achey Kena Bebel Dengan Isteri Beli Motor Baru – ‘Motor Apa Lagi B?’

November 3rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di TikTok, isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal Achey, memuat naik satu video yang menunjukkan suaminya itu dibebel ketika sedang berurusan dengan beberapa orang lelaki bersama motosikal barunya.

Artikel Berkaitan: Roof Box Atas Kereta Terbuka Semasa Memandu, Banyak Barangan Berharga Achey Hilang Habis Semua Terbang

Artikel Berkaitan: Isteri Buat Rawatan IVF Sebagai Hadiah Birthday Achey Kita Usaha, Biar Allah Yang Tentukan

Motor baru lagi?

Atas sebab minatnya yang besar terhadap motosikal dan aktiviti berkaitan permotoran, Achey sekali lagi menerima bebelan dari isterinya ketika motor yang baru dibelinya itu sampai ke rumah. Video dengan kapsyen ‘Tak lama lagi rumah aku dengan office buat show room je la kalau macam ni’ berjaya mencuit hati netizen.

Menerusi perkongsian video tersebut, Achey hanya mampu terdiam sambil diketawakan oleh dua orang lelaki lain dan akhirnya menjawab dengan lembut soalan dari wanita bernama Anne itu.

Motor apa lagi B? Dah berpuluh-puluh ribu dah motor dekat rumah ni. Motor apa lagi yang kau beli? Kau jangan racun orang lain.

Mendengar bebelan yang dirakam, rata-rata netizen terhibur dan memahami nasib yang dialami Achey. Dalam pada itu, ada juga yang sempat memberikan cadangan kepada pelawak itu untuk memujuk isterinya.

Video

@anne_achey21

Tak lama lagi rumah aku dgn office buat show room jela by kalau mcm ni….. Moto lagi…. @acheykintangkintung

? bunyi asal – Anne_achey21? – Anne_achey21?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×