berita

Achong Kini Bergelar Suami Selepas 10 Tahun Menduda

December 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahniah diucapkan pada Achong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat yang telah pun sah menjadi suami kepada Marya Zuraida pada hari Sabtu lepas (15 Disember).

Berkenalan ketika sesi promosi album Sweet Child sekitar tahun 1998, pasangan ini kemudian bertemu semula di laman Facebook pada tahun 2010 dan Acong telah meluahkan hasratnya kepada Marya pada Disember yang lepas.

“Kami kenal ketika saya berusia 17 tahun pada 1998 di Kuantan, Pahang. Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan membantu Acong dan kumpulan Sweet Child menjual album ketika mereka mengadakan promosi di sana.” – isteri Achong, Maria.

Diijabkabulkan di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah, vokalis kumpulan Sweet Child ini mengaku dia mengambil keputusan untuk mengahwini Marya kerana selesa dengannya dan menganggap diri sudah terlalu lama menduda.

“Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang selepas 10 tahun menduda.”

Sejak mengenali Marya, saya berasa selesa dengannya kerana kami berkongsi banyak persamaan dan dia memahami serta menyokong kerjaya saya,” katanya yang teruja kerana mendapat ‘anak ekspres’ daripada perkahwinan itu.

Marya Zuraida juga sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 6 tahun. Namun telah pun berpisah dengan bekas suami, 5 tahun yang lepas.

Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 24 Disember ini bertempat di Pusat Komuniti Bukit Damansara.

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×