Awal tahun 2018, kes Datuk Farid Kamil jadi bahan perbualan satu Malaysia apabila dia disyaki terlibat dengan pengambilan dadah dan telah dihadapkan ke mahkamah bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengambilan dadah jenis THC dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3000.
Artikel Berkaitan: 3 Rakan Artis Punca Datuk Farid Kamil Berkelakuan Ganas?
Baru-baru ini, pelakon Datuk Farid Kamil mengadakan sidang media khas di The Loft Event Space, Setia Alam. Majlis turut dihadiri 3 peguam daripada Tetuan Faizul Nasir & Co yang diketuai Faizul Nasir.
Farid kecewa
https://www.instagram.com/p/BfveR5lgC7p/?taken-by=mstaronlineofficial
Selepas lebih sebulan pelakon ini dibebaskan, dia tampil bersuara bagi menegakkan keadilan dan menjelaskan kejadian sebenar. Ternyata dia kecewa dengan situasi yang telah berlaku terhadapnya.
Kerabat diraja Kedah dan Johor?
Menurut laporan mStar Online, malam sebelum hari kejadian ada 2 orang individu yang tidak dikenali Farid tampil memperkenalkan diri sebagai golongan kerabat diraja Kedah dan Johor. Malah, mereka menggunakan dadah jenis semburan ke pelakon ini.
Saya menyebut nama iaitu Osh dan Taj iaitu manager artis dan penyanyi dalam laporan saya tapi agak memeranjatkan apabila dua orang individu yang disiasat adalah orang yang lain.
Malam sebelum saya ditahan polis ada dua individu yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini memperkenalkan diri mereka sebagai kerabat diraja Kedah dan Johor. Mereka menggunakan dadah jenis semburan yang dipercayai belum dikesan oleh pihak polis.
Siapa individu sebenar?
Menurut Farid Kamil, dia agak kecewa apabila mendapati 2 individu yang dipanggil itu bukan individu yang dimaksudkannya. Tambahnya pula, Sofi Jikan telah memberi keterangan kepada pihak polis dan masih berbaki 2 individu saja lagi yang belum tampil memberi sebarang keterangan.
Dipukul 11 polis preman?
Farid turut mendakwa dirinya telah dipukul oleh 11 orang anggota polis berpakaian preman pada malam ketiga ditahan di lokap. Kejadian berlaku sekitar 2 pagi dalam keadaan gelap, lampu ditutup.
Kira-kira pukul 2 pagi lampu tiba-tiba ditutup dan saya terdengar bunyi tapak kaki datang berhampiran dan lampu terbuka semua. Saya kemudian dipakaikan baju berwarna putih dan tidak boleh bergerak dan lampu ditutup semula.
Malah dia telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut kepada pihak polis dan ternyata maklum balas yang diterima agak mengecewakan.
Saya nampak tiga orang di atas kepala dan kiri dan kanan saya. Masa itu saya fikir matilah saya dan kesan darah banyak di baju kerana luka di dahi. Saya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), ujarnya.
Credit: mStar Online