berita

Ada 5 Versi Bahasa Tafsir Al-Quran, Waktu Solat, Neelofa Lancar Aplikasi ‘TheNoor’

January 29th, 2021 | by Amat
Insiprasi

Pelakon dan pengacara popular iaitu Neelofa baru-baru ini memperkenalkan aplikasi gaya hidup Islamik iaitu ‘TheNoor’ dibawah syarikat Noor Luminous Sdn Bhd.

Aplikasi ‘TheNoor’ didatangi khas dengan rakaman bacaan tafsiran al-Quran dalam lima bahasa yang berbeza termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia. Banyak lagi kelebihan ‘TheNoor’ ini untuk pengguna, lebih penting lagi aplikasi ini juga boleh dipakai bagi Muaalaf untuk memudahkan mereka memahami bacaan al-Quran.

‘Semua dalam satu’

‘TheNoor’ dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan dan tafsiran bacaan al-Quran. Pendek kata, aplikasi ini diibaratkan ‘semua dalam satu’ untuk kegunaan penganut agama Islam tidak kira di mana mereka berada sekalipun.

Aplikasi TheNoor dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kaum muslimin diibarat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan cepat.

Saya juga berharap TheNoor dapat digunakan di seluruh dunia termasuk di negara-negara Asia dan Eropah.

Terdapat pelbagai bahasa

Selain, lima bahasa yang diperkenalkan dalam aplikasi ini, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn Bhd memaklumkan mereka dalam perancangan untuk menambah lagi bahasa-bahasa lain. Antara bahasa yang dimaksudkan itu termasuk Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi.

Alhamdulillah, dengan bangganya aplikasi TheNoor dilancarkan setelah enam bulan perancangan dan ianya boleh digunakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Selain itu, kami juga merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi ini seiring dengan undang-undang Syariah.

Boleh juga untuk bayar zakat, derma

Bukan itu sahaja, ‘TheNoor’ juga menawarkan kemudahan untuk semua pengguna di mana mereka boleh membayar zakat, menderma, wasiat dan faraid melalui aplikasi ini seiring dengan undang-undang Syariah.

Sejajar dengan perkembangan jualan atas talian dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami turut akan memperkenalkan dompet digital iaitu E-Wallet yang punyai fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay. Kaedah ini sedang dalam proses kelulusan Bank Negara Malaysia.

Aplikasi TheNoor sudah boleh dimuat turun di aplikasi Play Store bagi pengguna android. Manakala, bagi pengguna Apple boleh muat turun di Apps Store. Semoga bermanfaat untuk semua Muslim.

SKIP THIS AD ×