Sebelum ini, nama pengacara dan usahawan terkenal Neelofa dan suami, Haris Ismail telah menjadi perbualan netizen di media sosial apabila ada pihak mendakwa bahawa majlis pernikahan pasangan ini tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Artikel berkaitan: Isu Rentas Negeri, Perkongsian ‘Islamik’ Neelofa Jadi Tempat Netizen Luah Geram
Artikel Berkaitan: Kontroversi Rentas Negeri, Neelofa Bersyukur Terima ‘Free Marketing’
Bukan itu sahaja, pasangan pengantin baru ini juga terpalit dengan dakwaan mereka ‘berbulan madu’ di Pulau Langkawi. Walaupun begitu, polis sudah mengesahkan bahawa pasangan ini ke pulau peranginan itu adalah kerana urusan kerja.
Perlu selesai dengan pihak berkenaan
Terbaru, Neelofa telah memberi penjelasan tentang isu yang melibatkan dirinya dan suami. Menerusi temu bual, Neelofa meminta orang ramai termasuklah rakan media supaya memberi ruang kepada dirinya untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini secara profesional.
I don’t have to tell every details to all of you out there. Ni saya perlu selesaikan dengan pihak berkenaan sahaja.
Bukan itu sahaja, gambar dan video yang dimuat naik oleh Neelofa di Instagram yang memperlihatkan dia dan suami seakan ‘makan angin’ di Langkawi telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Apabila ditanya mengenai isu tersebut, Neelofa memaklumkan dia ke Langkawi adalah atas urusan kerja dan akan membuka beberapa outlet dengan syarikat berkenaan di sana.
Saya memang ada plan kerja yang mungkin dibuat sebulan atau lebih daripada sebulan. Bukan kita buat semua on the spot.
‘Itu saya handle sendiri’
Mengulas mengenei kenyataan Ketua Polis Negara tentang tindakan akan dikenakan sekiranaya didapati bersalah melanggar SOP, Neelofa dilihat enggan memberitahu secara terperinci tentang isu tersebut sebaliknya dia memilih untuk menyelesaikan sendiri secara peribadi dengan pihak berwajib.
I don’t need to answer right now to all of you today. Saya rasa benda tu a bit hard dan tidak wajar. Takpe nanti kita settlekan kalau ada tindakan ke takde tindakan ke, itu saya handle sendiri lah.
Respon Neelofa
Sumber: Kosmo