Anggota band Dolla iaitu Syasya menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mengambil minuman keras dan mabuk ketika menghadiri sebuah acara hiburan.
Artikel Berkaitan: Nampak ‘Moody’ Ketika Ditemu Bual, Netizen Risau Tengok Syasya Dolla – ‘Dia Ngantuk Sangat Tu’
Artikel Berkaitan: Dolla Hadiahkan ‘Damelo’ Buat Peminat Sepanyol, Shooting MV Sampai ‘Sunburn’
Fitnah
Menerusi temu bual bersama Mstar, Syasya menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang bertujuan mahu menjatuhkan imejnya.
Malah, Syasya atau Noorsyasya Afiqah Sharizal, 22, berkata dakwaan yang dikeluarkan terhadap dirinya itu perlu disertakan dengan bukti yang kukuh.
Tiada video pun yang memperlihatkan saya minum. Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan. Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara.
Memang ada dihidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum. Jadi kenyataan yang kononnya mengatakan saya mabuk itu adalah satu fitnah.
Menerusi temubual yang sama, Syasya menjelaskan dia sangat menitikberatkan mengenai tingkah laku supaya tidak menjejaskan nama baik sendiri serta kumpulan Dolla.
Dalam masa sama, Syasya turut mengulas mengenai dakwaan dirinya bersikap sambil lewa atau tidak profesional ketika muncul dalam sebuah temu bual bersama media, baru-baru ini.
Orang-orang kenal rapat pasti tahu saya tidak akan melakukan perkara yang boleh memudaratkan populariti Dolla, nama baik agama dan juga keluarga. Saya bekerja mencari duit dan keluarga percayakan saya.
Saya minta maaf jika yang tersebar sebelum ini membawa ajaran buruk kepada golongan remaja. Tidak semua perkara di internet boleh dipercayai. Perkara yang tersebar sebelum ini bukanlah diri saya yang sebenar.
Sumber: Mstar