berita

Ada Janggut Dan Misai? Hati-Hati, Anda Mungkin Gay Menurut Akhbar Ini. Kelakar Weh!

February 10th, 2018 | by faris
Kini Trending

Komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dilihat semakin ramai dalam masyarakat kita hari ini. Golongan berkenaan semakin terbuka menonjolkan diri masing-masing sama ada di alam nyata ataupun di media sosial.

Bagaimana untuk mengenali golongan ini terutamanya yang masih ‘menyembunyikan’ identiti sebenar? Sebuah akhbar tempatan mendedahkan ciri-ciri LGBT untuk anda kenali.

Apakah ciri-ciri LGBT?

Akhbar berkenaan mengeluarkan senarai bagaiamana cara untuk mengenali ciri-ciri golongan LGBT. Antaranya adalah memakai baju ketat dengan tujuan menunjukan otot perut, ke gym untuk memerhati pengunjung dan mengambil adik angkat.

Amalan yang menjadi sunnah, menyimpan janggut juga didakwa akhbar berkenaan menjadi ciri-ciri golongan ini. Selain itu mereka juga dikatakan suka pakaian berjenama.

Bagi gay yang berperanan seperti wanita, mereka disifatkan akan terbuntang mata apabila terdapat lelaki kacak di sekeliling mereka. Kelakar habis!

Bagi lesbian pula, dakwa akhbar ini, mereka boleh dikenali apabila ramai yang membenci lelaki, suka menyendiri, kuat cemburu dan selesa berjalan berpegangan tangan dengan rakan sejantina.

Jadi bahan ketawa netizen

Senarai itu dilihat kelakar oleh netizen dan membandingkan ciri berkenaan dengan seksualiti mereka. Ramai yang ‘tahu’ hal sebenar setelah membaca ciri berkenaan. Ada juga yang geram dengan kekurangan ketepatan senarai dikeluarkan itu.

Ikut sunnah pun dikira gay

Nampak sangat bangang di situ

Bukan pertama kali ciri-ciri gay dikeluarkan

Pada 2012, ciri gay turut dikeluarkan antaranya pemakaian baju V-neck, suka memakai baju ketat dan menggunakan beg besar. Senarai itu diterbitkan Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya sehingga viral di media sosial.

Sumber: Malaymango , Malaysiakini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×