Seakan tidak percaya, zaman sekarang masih ada anak yang tergamak dan sanggup tinggalkan ibu bapa mereka. Malah, ada juga yang tinggalkan orang tua mereka di tepi jalan begitu sahaja.
Menerusi Facebook Nor Shuhada Shuib berkongsi kisah yang kurang menyenangkan ramai. Seorang warga tua dilaporkan telah ditinggalkan oleh anak kandungnya di tepi jalan. Dipercayai pakcik ini datang dari Pulau Pinang dan ditinggalkan di Jitra, Kedah. Lebih memilukan lagi, dalam kocek hanya dibekalkan RM1 saja!
Dalam kocek ada RM1 saja
Lebih kurang 4.30 petang, pada 8/1/2020 ada sebuah kereta Wira atau Waja berwarna kelabu telah meninggalkan uncle ini di depan rumah saya di Kampung Cherok Mokkan, sekitar Napoh, Jitra Kedah. Dalam keadaan seperti strok dan jalan menggunakan tongkat.
Kakak yang berniaga depan rumah menjadi saksi uncle ini ditinggalkan. Uncle itu ke hulu ke hilir cari anak dia. Dia jumpa kak, dan tanya, ada jumpa kereta tadi tak? Kak cakap kereta itu dah pergi uncle. Uncle itu tanya lagi, mana dia pergi? uncle itu cakap tu anak dia. Uncle terus jalan.
Kak panggil aku dalam rumah, cakap ada orang tua kena tinggal. Saya start kereta pergi cari dalam 200 meter juga dia jalan. Saya berhenti tanya nama apa semua, tinggal mana? semua tak ingat. Kad pengenalan tak ada, anak simpan. Dalam kocek hanya ada RM1 dan pegang plastik kerepek. Aku bawa naik kereta singgah beli air. Dahaga agaknya penat jalan.
Dia habaq mai dari Penang
https://www.facebook.com/shueshie.dada/videos/pcb.2648879001831987/2648878748498679/?type=3&theater
Bawa pergi Balai Polis Jitra di IPD Kubang Pasu. Sekarang ada kat sana. Kalau ada sesiapa kenal dan ada maklumat tentang waris uncle ini boleh hubungi Balai Polis Jitra. Dia tak ingat apa-apa jadi susah sikit nak tahu maklumat mengenai keluarga dia. No plate kereta pun kak tak sempat nak ambil.
Lagi satu uncle ni habaq dia mai dari Penang. Jalan kaki nak balik Penang lepas kena tinggal. Cerita sebenarnya tak tahu la. Semoga dipermudahkan urusan uncle. Uncle ini bukan Melayu, sama ada Cina atau Siam macam itu la.
Sampai hati anak buat macam tu
Sumber: Nor Shuhada Shuib