berita

Ada Kaitan Dengan Kluster Tawar, Sekolah di Kulim Ditutup Selepas Guru & Murid Positif Covid-19

August 19th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laporan sidang media berhubungan perkembangan kes Covid-19 di Malaysia telah mengarahkan penutupan sebuah sekolah di Kulim, Kedah. Penyebaran virus itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Kluster Tawar.

Sekolah telah ditutup

Menerusi sidang media, pihak KKM telah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi di sekolah tersebut. Perkara ini adalah bagi membendung virus tersebut dari terus merebak secara serius lagi.

Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pelajar di sekolah terbabit. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini. Saya harap seminggu atau dua minggu kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan.

Ada kaitan dengan Kluster Tawar

Kes positif terbaru di Kedah telah membabitkan seorang guru sekolah dan tiga orang murid dijangkiti. Kes berkenaan dipercayai merupakan kes Kluster Tawar yang sudah masuk generasi ketiga. Mungkin ramai tidak tahu, Kluster Tawar dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Tiga pelajar terbabit adalah rakan sekelas dua daripada mereka adalah bersaudara. Seorang daripada pelajar terbabit adalah anak murid kepada guru yang positif Covid-19 itu. Semua mereka menetap di Kampung Padang Meiha, Kedah.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×