Siapa yang tak pernah menghasilkan kubu menggunakan kusyen sewaktu di zaman kanak-kanak? Bila teringat kembali pasti ramai yang terkenang kerusi kayu lama yang beralaskan kusyen bersama corak-corak yang menarik.
Walaupun kerusi tersebut telah di telan zaman selepas terhasilnya sofa-sofa moden. Pengguna Facebook Fithry Anaqi telah berkongsi pembahruan yang dilakukan terhadap kerusi lama tersebut sehingga menjadi begitu eksklusif dan elegan. Penambahbaikan dari segi warna kayu dan jenis kusyen yang mengikut trend telah mengubah gaya
Ketatkan yang mana patut
Menurutnya, pengubahsuaian bermula dengan mengetatkan kembali kayu-kayu yang longgar pada kersui. Hal ini bagi memastikan keadaan kerusi itu benar-benar kukuh. Tambahnya lagi, kerusi tersebut dibeli dari kedai menjual perabot terpakai. Oleh sebab itu, kerja-kerja penyelenggaraan kerusi harus dilakukan.
Tanggalkan cat lama dulu
Selepas memperbaiki kerosakan yang ada pada kerusi, kayu-kayu kerusi perlu diasingkan selepas itu. Hal ini bagi memudahkan proses membuang cat lama yang ada pada kerusi. Proses menanggalkan cat lama amat penting bagi menghasilkan cat baru yang tahan lebih lama pada kerusi tersebut.
Lepas cat, pasang aksesori
Apabila proses mengecat semula kerusi dengan warna keemasan telah selesai, proses penambahan aksesori pula dilakukannya. Penambahan aksesori dilakukan mengikut citarasa pengguna. Proses ini turut memberi impak dari segi rupa bentuk kerusi itu supaya kelihatan lebih moden.
Setelah selesai memasang aksesori pada kerusi tersebut, tiba masanya untuk meletakkan kusyen yang ditempah khas mengikut ukuran kerusi. Pemilihan warna dan corak kusyen memainkan peranan penting bagi menyerlahkan kecantikan kerusi. Kusyen yang mempunyai aksesori butang membuat kerusi kelihatan moden dan mengikut trend.
Hasilnya
Sumber: Fithry Anaqi