berita

Ada Kesan Parut & Luka Di Muka Ketika Dijumpai, Polis Cari Waris Kanak-Kanak Ini

September 25th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi laman Komuniti Sri Kembangan, Balakong,Taming Jaya, Alam Damai, Cheras Jaya, seorang individu mencari penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur dalam linkungan 2-3 tahun. Kanak-kanak itu turut ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan loji Taman Juara Jaya, Kajang Selangor.

Ditemui dalam keadaan berparut

Ketika dijumpai kanak-kanak tersebut dijumpai dalam berpakaian lengkap putih dan tidak memakai selipar. Kini, kanak-kanak lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di Bahagian Kecemasan untuk rawatan lanjut. Buat masa ini, tiada sebarang butiran maklumat kanak-kanak lelaki berkenaan diperolehi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez bin Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana Balai Polis berdekatan.

Dua kali dihantar ke balai polis?

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook mendakwa anak ini sudah dua kali dihantar ke balai polis dan tiada waris yang menuntut. Tambahan, menurutnya lagi kanak-kanak ini mungkin tiada rekod kelahiran namun masih tiada kepastian. Orang ramai turut sedih melihat nasib kanak-kanak ini yang dilihat seperti didera kerana parut di mukanya.

Mungkin didera

Mungkin dibuang keluarga

Sumber : Anuar Husin

×