berita

Ada Kesan Retak Pada Tempurung, Bukan Tersedak Susu

July 4th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Jasad adik Adam Rayqal Mohd Sufi Naief telah ditemui dalam sebuah bungkusan di dalam peti sejuk rumah pengasuh, malam semalam. Bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur dan telah mengesahkan punca kematian mangsa.

Pihak forensik telah menemui kesan retak pada bahagian tempurung kepala sebelah kiri dan menafikan mati akibat tersedak susu.

Kesan retak di tempurung kepala

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata hasil bedah siasat telah menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otak.

Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa. Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini, tetapi kita masih siasat perkara ini.

Dalam laporan bedah siasat itu, Fadzil Ahmat menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu. Tambahnya lagi, pada hari kejadian suspek turut mengasuh dua lagi bayi namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.

Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhdimatannya di laman sosial. Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan.

Dibawa pulang ke Terengganu

Jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di surau IPFN HKL pada 2.15 petang tadi. Jenazah mangsa yang dibalut dengan kain batik dipangku ibunya, Farrah Madihah bersama suami, Mohd Sufi Naeif serta beberapa ahli keluarga untuk dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×