Kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi bualan hangat netizen Malaysia. Bagaimanapun, makin hari dilihat sudah keterlaluan sehinggakan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias terpaksa bersuara sekali lagi biarpun sudah dikecam teruk.
Artikel Berkaitan: Ustaz Kazim Anggap Netizen ‘Over’ Pasal Tangmo, Siang Malam Asyik Siasat – ‘Nak Kata Sepupu Tidak, Anak Saudara Pun Tidak’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Keterlaluan Sangat Nak Takut’ – Ada Netizen Sampai Mimpi Tangmo, Ustaz Elyas Tegaskan Tak Boleh Ucap ‘Rest In Peace’
Tegur sebab dah melampau
Menurut Ustaz Kazim, dia terpanggil untuk menegur kerana ada segelintir netizen yang sudah terjerumus ke arah perbuatan syirik.
Katanya, cukup dengan bersimpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kerana kita dan Tangmo berbeza agama. Tetapi maksud ceramah itu telah disalah erti dan dia dituduh tiada rasa simpati.
Saya nampak kita dah berlebih-lebihan, itu sebab saya tegur. Memang la kita simpati, memang la kita kasihan dengan apa yang berlaku tapi melampau-lampau sampai jadi penyiasat persendirian, leka dalam kesamaran.
Kedua saya tegur sebab sampai ada percaya satu bomoh perempuan yang dirasuk roh si mati kononnya. Fasal apa kita nak percaya, benda tu syirik! Itu sebab saya tegur.. dah orang hentam saya bertalu-talu dan kata tak ada simpati. Siapa yang tak simpati?
Kita ada simpati, tapi nak doakan keampunan dia tak boleh, dia bukan agama kita. Nak doakan Allah cucuri rahmat ke atas dia pun tak boleh, dia bukan Islam.. hanya ucap takziah sajalah kepada keluarga dia.
Sampai tak masak
View this post on Instagram
Sementara itu, Ustaz Kazim mendedahkan ada yang sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan menyebabkan kaum suami berkongsi di media sosial.
Katanya lagi, daripada meratapi dan menuduh tanpa mengetahui kisah sebenar, lebih baik mendiamkan diri.
Kita tuduh orang sana, orang sini… sampai tak masak kerana menangis. Itu yang saya tanya yang meninggal ini anak saudara kamu ke menangis teruk sangat?
Sampai suami tulis (status) wahai isteriku, ku rindu masakanmu. Fasal tak masak duk bincang kes pembunuhan ini. Kita pun tak tahu cerita sebenar duduk diam sahaja sudah.
Sebelum ini, Ustaz Kazim berasa rasa kesal dengan rata-rata ‘penyiasat’ yang mengutamakan kes kematian Tangmo daripada Ramadan yang akan tiba bulan depan.
Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada malam 26 Februari dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.
Sumber: Instagram @datoustazkazim