Biarpun sudah lebih tiga minggu pelakon Thailand Tangmo Nida dijumpai mati namun masih belum menemui punca kematiannya. Upacara pembakaran mendiang terpaksa ditunda selepas ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin mengarahkan forensik untuk memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik.
Keprihatinan rakyat Malaysia mengambil tahu tentang misteri kematian Tangmo telah membuatkan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias bersuara.
Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’
Artikel Berkaitan: Keluarga Tak Dibenar Sertai Proses Solek Tangmo, Pakar Forensik Cakap Sukar – ‘Jasad Akan Menghitam & Menjadi Kering’
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Nangis Bawa Cincin Kahwin, Nak Minta Forensik Sarung Dekat Jari Tangmo – ‘Mo Aku Berikan Padamu, Jom Kita Bernikah’
Artikel Berkaitan: Bedah Siasat Kali Kedua Dibuat, Tunda Upacara Pembakaran Tangmo – ‘Mayat Dibekukan & Dijangka Selesai Dalam Tempoh Tidak Kurang 30 Hari’
Tangmo tak ada kena mengena
@saidah_hadi Pesanan #UstazKazimElias #CapCut ? original sound – Saidah Sprdn
Dalam satu ceramah, Ustaz Kazim menegur sikap rakyat Malaysia yang dianggap keterlaluan dengan isu Tangmo. Katanya, Tangmo tidak mempunyai ikatan persaudaraan jadi usah terlalu mengambil tahu.
Ustaz Kazim turut meluahkan rasa kesal kerana dia menganggap rata-ratanya tidak teruja dengan Ramadan yang akan tiba bulan depan.
Orang kita tak ada kena mengena dengan dia pun dia sibuk. Pelakon Thailand Tangmo Nida mati.. dok fikir siapa bunuh dia? Siang malam cakap kesian dia.
Lantak dia la, dia dah mati. Tak ada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu tidak, anak saudara pun tidak. Membicarakan tentang dia lebih pada nak sambut Ramadan.
Apa orang melayu kita ini pelik.. Benda yang tak ada kena mengena dengan dia sibuk bincang. Banyak hal lain yang boleh dibincang lagi.
Bukan nak busybody
Bagaimanapun, teguran Ustaz Kazim tidak dipersetujui oleh netizen yang menekankan mereka sekadar bersimpati dengan nasib aktres tersebut selain menginginkan keadilan.
Malah, mereka menegaskan bukan taksub dengan Tangmo tetapi lebih berperikemanusiaan dengan manusia biarpun tidak seagama.
Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada malam 26 Februari dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.
Sumber: TikTok @SaidahSprdn