Sudah dua minggu kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi bualan hangat di media sosial. Biarpun terjadi di negara jiran, netizen Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes ini sehinggakan majlis penghormatan mendiang yang diadakan pada hariJumaat hingga Ahad.
Artikel Berkaitan: Keluarga Tak Dibenar Sertai Proses Solek Tangmo, Pakar Forensik Cakap Sukar – ‘Jasad Akan Menghitam & Menjadi Kering’
Artikel Berkaitan: Kawan Rapat Dedah Tangmo Tak Buat Servis Layan Nafsu Lelaki, Polis Jangka Tutup Kes Jumaat Ini
Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’
Artikel Berkaitan: Patuh Cakap Ibu, Abang Tangmo Tarik Diri Dari Cari Kebenaran Untuk Keadilan
Jangan keterlaluan
@ustazelyasismail Mimpi tangmonida? Apa maksudnya? #fyp #foryourpage #fyp? #tangmonida #tangmo ? Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals
Pendakwah dan penceramah televisyen tanah air, Ustaz Elyas Ismail mendedahkan dia ada menerima mesej daripada individu yang bermimpi tentang Tangmo.
Pesan Elyas, mimpi itu hadir berkemungkinan berpunca daripada psikologi gara-gara mengikuti perkembangan aktres itu. Katanya, jangan terlalu takut dan bimbang kerana itu hanya mainan tidur.
Baru-baru ini ada orang berkongsi tentang dia mimpi Tangmo Nida iaitu artis terkenal di Thailand yang mati dalam kes yang sangat menyayat hati dan mengejutkan.
Bagi kita orang Islam, kalau mimpi macam itu, kita jangan keterlaluan sangat nak takut, bimbang. Mungkin boleh jadi sebab kita banyak fikir, baca dan ikuti perkembangan kes tersebut. Maka, itu boleh menyebabkan kita mimpi.
Tak boleh ucap RIP
Dalam pada itu, Elyas turut menekankan kepada individu beragama Islam supaya tidak mengucapkan ‘Rest in Peace’ kepada seorang yang bukan Islam apabila berlaku kematian. Katanya lagi, ucapan tersebut seolah kita mendoakan kepada mendiang.
Bagi saya, jika kematian melibatkan orang bukan Islam, seminat mana kita suka lakonan dan sayang dia, sama sekali kita tak boleh ucapkan RIP.
RIP itu macam doa, kita orang Islam tak boleh. Sekadar bersimpati, berdukacita atas apa yang berlaku, itu boleh. Moga kita dapat manfaat dan belajar sesuatu.
Terdahulu, Tangmo, 37, bersama lima orang lain menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi. Dia terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.
Sumber: TikTok @ustazelyasismail