Sebuah akaun Instagram baru-baru ini mendedahkan dakwaan baju yang dipakai Nabila Razali dan Maria Farida mempunyai rekaan seakan jenama antarabangsa.
Artikel berkaitan: Nabila Razali & Maria Farida Didakwa Pakai Baju Ciplak Jenama Antarabangsa?
Pereka kedua-dua baju berkenaan, Ezuwan Ismail akhirnya tampil memberi penjelasan berkenaan isu itu.
Tak nafikan sama
Ezuwan berkata kepada Mstar, dia tidak menafikan persamaan antara dress hasil kerjanya itu namun bukanlah secara keseluruhannya sama. Tambah pereka ini lagi, pelanggan biasanya datang dengan rekaan yang diinginkan dan dia sebagai orang bisnes akur kepada permintaan mereka.
Saya tidak nafikan ada persamaan tapi ia bukanlah seratus peratus kerana saya akan nasihatkan mereka mengikut kesesuaian.
Kebiasaannya pelanggan saya datang dengan gambar contoh baju mereka mahu, sebagai seorang yang menjalankan bisnes dan mencari rezeki dalam bidang ini, saya juga perlu memikirkan yang terbaik dan mengutamakan permintaan mereka.
Pening penuhi kehendak pelanggan
Tambahnya lagi, isu sebegini sukar untuk dijelaskan kerana sebagai individu yang terlibat dengan perniagaan, dia juga dalam dilema antara kehendak pelanggan dan etika.
Ia perkara yang susah untuk dijelaskan kerana sebagai pereka fesyen dan mencari rezeki saya juga tersepit dengan situasi ini.
Pening juga untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam masa yang sama mengelakkan perkara yang melanggar etika.
Sumber: Mstar Online