berita

‘Ada Pun Tak Boleh’ – Pengusaha Taska Bingung, Tak Rotan Pun Ibu Bapa Report

August 28th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Tugas seorang guru bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dalam memberi didikan kepada pelajarnya. Apabila zaman berubah, sudah tentu banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh golongan pendidik ini. Tidak dinafikan, pelajar zaman sekarang disifatkan lebih ‘manja’ berbanding dengan pelajar dahulu. Tidak kiralah, di peringkat taska, sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Situasi demikian dikongsikan menerusi Facebook Dr. Ezairy M. Sallih apabila ibunya yang merupakan seorang pengajar taska berdepan dengan ‘larangan’ cara mengajar pelajar di taska.

Zaman banyak berubah

Dr. Ezairy berkongsi video berdurasi 28 saat menyaksikan ibunya sebagai guru di sebuah taska berdepan dengan aduan daripada ibu bapa. Difahamkan, ibu bapa kepada pelajar di taskanya mengadu guru telah menggunakan rotan bagi menakutkan anak mereka.

Bagaimanapun, perkara itu diakui oleh guru berkenaan demi tujuan didikan. Namun begitu, tindakan demikian pula adalah dilarang sama sekali digunakan oleh para pendidik.

Benda tu ada pun tak boleh. Pembaris buat gini-gini pun tak boleh. Ya, aduan tidak menyatakan puan merotan murid-murid. Tetapi puan menggunakannya untuk menakutkan anak-anak.

Pengusaha taska berusia 60 tahun itu bingung bagaimana cara untuk mendidik anak-anak yang dihantar ke taska berkenaan.

Bermula dari kelas mengaji

Sumber foto: Google

Menurut Dr Ezairy, kejayaan yang dikecapi dirinya pada hari ini ialah hasil didikan ibunya yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak-anak dan kanak-kanak di taska. Malah CCTV juga dipasang bagi memantau pergerakan guru-guru.

Saya masih ingat ianya bermula sekitar tahun 2004, ketika beliau memulakan kelas mengaji di rumah atas sedikit ilmu yang ada, sehinggalah kelas itu berkembang ke kelas-kelas tadika, pusat asuhan, taska, perusahaan van sekolah sehinggalah ke hari ini. Saya percaya sudah ramai anak-anak yang berjaya dilahirkan daripada didikan ibu saya. Setiap tahun ramai yang berjaya menamatkan dan khatam pengajian Al-Quran bersama ibu saya di samping pengajian tadika mereka. Ibu saya bukanlah yang terbaik, tetapi saya lihat beliau sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik untuk anak-anak dan cucu-cucu beliau di taska dan tadikanya.

Setiap saat beliau berusaha memastikan tidak ada kecederaan, tidak ada luka yang ada pada setiap tubuh anak-anak dan cucu-cucu beliau di taska. Demi memastikan ianya sentiasa terlaksana, hampir setiap masa beliau sebagai pengusaha sentiasa ada di situ memerhati setiap perjalanan di taska dan tadika. Hatta, beliau sendiri memasang skrin CCTV di depan meja beliau supaya setiap saat beliau boleh memantau pergerakan guru-guru di taska dan tadika beliau. Malah taska, tadika serta pusat mengaji beliau diusahakan secara berdaftar bagi memastikan anak-anak di situ semua terjamin keselamatannya.

Sumber: Dr Ezairy M. Sallih

SKIP THIS AD ×