berita

Ada Signboard Pun Tak Faham Bahasa Lagi…

March 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Facebook

Aktiviti berbasikal kini, semakin diminati rakyat Malaysia bahkan aktiviti ini sering kali dilakukan secara berkumpulan mahupun solo. Aktiviti ini wajar dipuji kerana membantu dalam mengeluarkan peluh dan sekali gus dapat mencegah seseorang itu daripada penyakit kronik. Namun, di sebalik trend yang sedang meningkat naik ini wujud keluhan-keluhan netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap penunggang basikal ini yang didakwa ‘kebal’ dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Artikel Berkaitan: Papan Tanda Depan Mata Pun Dia ‘Redah’ Juga!

Artikel Berkaitan: Panjat, Bergambar Atas Roundabout Elmina, Netizen Mula Meluat Tengok Gelagat Geng Basikal

Artikel Berkaitan: Penunggang Basikal Boleh Didenda RM 1,000 & Penjara Jika Gagal Patuhi Peraturan

Seperti foto yang tular di media sosial, sekali lagi membangkitkan kemarahan dalam kalangan netizen apabila terdapat individu yang melanggar arahan larangan berbasikal di Pintasan Saloma. Bahkan, papan tanda larangan berbasikal di kawasan tersebut turut diletakkan sebagai peringatan. Namun, papan tanda itu seolah-olah hanya sekadar perhiasan di taman tersebut.

Papan tanda depan mata

Foto: Facebook

Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang masih menunggang basikal di situ tanpa menghiraukan keadaan di tempat itu yang sesak dengan ramai pengunjung. Apa yang menjadi kerisauan apabila berlakunya insiden-insiden yang tidak sepatutnya berikutan sikap mereka yang mementingkan diri sendiri.

Bahkan, menerusi ruangan komen rata-rata warganet turut mengecam tindakan mereka ini. Tidak berakhir di situ, ada penunggang basikal yang menganggap itu merupakan jalan mereka.

Memang segelintir yang berbasikal ni laa yang paling susah nak dengar kata . Aku sampai jadi menyampah kalau nampak geng berbasikal ni. Bukan apa , degilnya rasa nak cubit cubit ja.

Husnuzon je..mungkin diorang tu buta huruf, tidak pun buta mata tak boleh nampak yang ditulis.

Macam kes saya pulak jenis taknak ikut lampu isyarat, dia langgar lampu merah dia pulak yang marah-marah saya, siap free gift jari tengah lagi kat saya.

Terdahulu, pihak kerajaan telah menetapkan kadar denda sebanyak RM1,000 dan penjara kepada mana-mana penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×