Tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba sahaja kita dikejutkan dengan berita Adam AF yang akan menikahi Fiza Elite pada hari khamis ini (26 September 2013).
Tak ramai yang tahu mengenai kisah percintaan mereka ini, namun Berita Harian melaporkan Fiza baru mengenali Adam sekitar bulan Ramadhan yang lalu selepas niatnya untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tidak kesampaian.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.
Berbeza dengan Adam yang berusia 29 tahun, ini adalah pengalaman pertamanya menjadi suami dan nampaknya perbezaan umur empat tahun langsung tidak menjadi masalah buat Adam.
Malah, penyanyi ini turut mendedahkan pintu hatinya terbuka untuk menerima Fiza sebagai isteri walaupun baru sahaja mengenali pelakon itu.
Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, Insya-Allah.
Untuk makluman anda, pasangan ini akan bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi.
Tahniah diucapkan buat Adam dan Fiza, semoga hubungan bakal suami isteri ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan.