Menerusi temu bual bersama pihak Melodi, pelakon, Adam Shahz berkata dia tidak terasa langsung dengan dakwaan ‘dah penat tanggung biawak hidup’ yang diluahkan bekas isterinya, Fatin Afeefa di media sosial, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: ‘Bukan Level Saya Nak Layan…’ – Adam Shahz Tak Terasa Hati Video Sindiran Suami Fatin Afeefa
Artikel berkaitan: ‘Penatlah Tanggung Biawak Hidup, Sekarang Biar Biawak Ni Pula Yang Bela Saya’ – Fatin Afeefa
Orang kenal saya dengan watak ‘ayam’
Menurut Adam, dia sentiasa aktif bekerja sebagai pelakon termasuk melakukan kerja-kerja sukarelawan. Jadi, tiada sebab untuk dia digelar ‘biawak hidup’.
Saya ada dengar juga cerita pasal biawak hidup itu. Tapi, orang pun lebih kenal saya dengan watak Ayam dan kawan-kawan juga tahu mengenai diri sebenar saya. Jadi, tak ada kena-mengena dengan saya pun berkaitan biawak itu. Mungkin ‘biawak hidup lain’.
Saya tak terkesan pun (dakwaan itu). Orang yang kenal saya memang tahu kehidupan saya sejak dari dulu. Saya bukan orang yang hanya duduk di rumah main telefon saja, sebab saya buat bermacam-macam kerja. Saya berlakon, saya buat kerja sukarelawan.
Ujar Adam lagi, dia akan melakukan yang terbaik untuk kehidupannya. Tambahnya lagi, tiada sebab juga untuk dia melenting kerana tidak pernah terasa langsung dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat.
Empat bulan tak jumpa anak
Terdahulu, berlaku konflik antara Adam dan Fatin Afeefa berhubung hak penjagaan anak tunggal perempuan mereka, Ivy Herra Sophia, berikutan sudah lama Adam tidak dibenarkan berjumpa dengan cahaya matanya itu.
Saya sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak, Ivy Herra Sophia walaupun sekarang cuti sekolah. Saya masih tidak dapat jumpa anak dan tidak pasti apa sebab dihalang. Sebelum ini walaupun dapat jumpa selama tiga ke empat jam, tapi tetap boleh berjumpa. Saya memang tak tahu sebab apa, tapi rasanya mungkin pihak sebelah sana ada alasan- alasan tertentu.
Adam turut memberi nasihat buat pasangan yang sudah bercerai agar menyelesaikan segala hal berkaitan mengikut undang-undang dan tidak membuat penyelesaian bersama di luar.
Bagi pasangan di luar sana, kalau perkahwinan tak panjang, perkara terbaik adalah mesti di dalam mahkamah. Jangan kita buat perjanjian-perjanjian di luar sebab tidak mendatangkan hasil pun. Di kemudian hari, pasti menjadi isu.
Apa yang saya buat ini pun, bukan nak cuba dapatkan kebenaran tapi untuk dapatkan hak. Pihak sebelah sana sebagai ibu, pihak saya sebagai ayah. Kedua-duanya ada hak ke atas anak itu. Kita janganlah sampai memisahkan silaturahim. Lebih-lebih lagi anak perempuan dengan bapanya.
Sumber: Melodi