Semalam, pelakon Fatin Afeefa nekad mengumumkan keluar dari industri seni gara-gara enggan terus berhadapan tohmahan yang boleh menjejaskan emosi anak-anak.
Selain itu, Fatin mendakwa bekas suaminya, Adam Shahz yang menyuruh dia berhenti daripada berlakon ketika siaran langsung di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Arrian Bukan Anak Luar Nikah!’ – Fatin Afeefa
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Menangis Di Live TikTok, Umum Nak Berhenti Berlakon Sebab Selalu Difitnah
Bila masa pula saya suruh?
@ohbulanofficial Sebentar tadi, pelakon Fatin Afeefa telah membuat satu lagi pendedahan menerusi satu sesi ‘live’ di akaun TikTok miliknya mengenai isu melibatkan bekas suaminya iaitu Adam Shahz. #ohbulan #fyp #viral #fatinafeefa #adamshahz #sembangentertainment ? original sound – Ohbulan
Bagi mendapatkan kepastian, OhBulan! mendapatkan penjelasan daripada Adam. Ketika dihubungi, Adam ketawa sejurus diajukan soalan itu.
Aktor berumur 41 tahun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan daripada bekas isterinya itu.
Bila masa pula saya suruh dia berhenti berlakon? (ketawa) Dia sendiri cakap tak pernah berhubung dengan saya. Macam mana kata saya suruh dia berhenti berlakon?
Saya menegaskan tak pernah suruh dia berhenti berlakon! Kalau dia kata ada bukti, ala bosan dengan benda macam ini. Saya pun dah tak nak komen apa-apa, rasa dah tak perlu.
Mana ada cemburu
Pemilik nama Nor Shah Azli Abdol Ghani ditanya mengenai dakwaan ‘gila bayang’ selepas melihat kehidupan mewah pelakon filem Tentang Bulan.
Katanya, dia langsung tidak kisah memandangkan masih mampu untuk bekerja mencari rezeki sendiri.
Baru ini, dia ada mesej cara baik minta sijil cerai. Selama ini, dia mesej marah-marah, ada saja tak kena tetiba. Saya permudahkan urusan dia.
Dekat mana saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, dah lima tahun pun (bercerai). Sekarang ini pasal anak saja, tak perlu nak isukan sampai macam ini.
Saya tah heran (peduli) dengan benda macam itu. Alhamdulillah saya masih bekerja. Selagi saya boleh bekerja, saya okey. Itu rezeki masing-masing. Allah takdirkan dia (Fatin) kaya, itu rezeki dia.
Sedikit sebanyak dia membantu saya juga nanti. Anak itu kalau perlukan apa-apa, dia mungkin boleh dahulukan.
Pelakon siri drama Juvana turut menegaskan dia akan hadir ke majlis perkahwinan pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin sekiranya mendapat jemputan.
Lailahaillallah.. saya tak ada isu. Dia nak kahwin, kahwin la. Demi Allah! Orang ramai kata saya meroyan sebab dia nak kahwin. Kalau dia kahwin, dia jemput.. saya datang.
Sebab dia mak kepada anak saya. Saya senang saja. Jangan merumitkan!
Susah nak jumpa anak
Dalam pada itu, Adam memberitahu sejak kemelut ini berlaku, dia sukar untuk bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia atas pelbagai alasan yang diberikan oleh keluarga Fatin.
Justeru, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah namun tidak boleh dikongsikan butiran selanjutnya.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.