berita

‘Adat & Budaya Orang Melayu Bukan Rasis’ – Bertahun Belajar Silat, Lelaki Kacukan Cina-Siam Ini Masuk Islam

September 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seni silat merupakan salah satu tradisi peninggalan nenek moyang kita yang kini makin ditelan zaman. Sejak dahulu lagi, seni silat di negara ini kebanyakannya dipelajari oleh mereka yang berbangsa Melayu sahaja, tidak seperti taekwando atau karate yang turut dipelajari oleh masyarakat berbilang kaum.

Namun, perkongsian Khen HM yang langsung tidak mempunyai darah Melayu ini berjaya membuka mata ramai orang tentang keistimewaan seni silat itu.

Melayu bukan rasis

Aku pesilat. Aku bukan Melayu dan aku seorang Muslim. Aku lahir daripada kacukan Cina-Siam dan takkan mati sebagai seorang Melayu!

Maaf, adat dan budaya orang Melayu bukan rasis. Pergi ke mana-mana sahaja rumah orang Melayu, kita akan sentiasa dilayan seperti seorang ahli keluarga walaupun berbeza kaum dan agama.

Wallahi… kalau Melayu rasis, aku takkan jadi anak gelanggang selama 17 tahun ini dan mengucapkan 2 kalimah shahadah di gelanggang silat!

Gelanggang silat medan dakwah

Ramai orang mungkin tak tahu atau buat-buat tak tahu, gelanggang silat merupakan medan dakwah yang agak penting selama ini.

Cuma mungkin dari segi kaedah, keperibadian dan pendekatan ‘pendekar’ itu agak jauh berbeza dengan apa yang dibawa oleh ‘budaya popular’ sesetengah pihak seperti sekarang.

Tiada siapa yang betul atau salah dalam hal ini. Cara pembawaan cita rasa dan pilihan masing-masing. Islam tidak memaksa dan tidak sama sekali silat itu dikira sebagai satu jalan ‘Islamisasi’ (guru, abang dan adik segelanggang aku tidak pernah ‘mengajak’ aku masuk Islam — baca dan faham ini betul-betul dulu, jangan cepat menghukum). Nak belajar, belajar. Tak nak, SUDAH!

Raikan perbezaan

Sebaliknya, kita perlu raihkan perbezaan. Jemput-jemputlah sahabat yang bukan Muslim ke gelanggang untuk berkongsi ilmu, pendapat, adat dan budaya.

Jangan pandang rendah atau ada sifat menghina. Jangan riak. Cina, India, Melayu dan lain- lain semua sama sahaja bila sudah masuk saf.

Yang penting, kita jadikan diri kita sebagai contoh melalui akhlaq dan teladan. Ini pendekatan guru dan anak gelanggang kami selama ini. Simple, kan?

Silat ajar kebaikan

Tolak tepi istilah pelik-pelik entah apa-apa itu semua (orang bukan faham atau ambil kisah pun). Kalau bunga kita panggil tahi, tetap berbau wangi juga macam mana sekalipun. Tak payah berdebat panjang lebar. Bila kentut, semua pun busuk. Yang kata wangi tu dia yang punya.

Tak perlu stress benda bukan-bukan. Hidup kena happy. Bagi aku, seorang pesilat diibaratkan singa atau harimau yang sedang senyum. Ok lah, badak pun ok… Dalam sejuk ada panas, dalam lembut ada keras. Balance.

Silat mengajar kita ke arah kebaikan dan melawan kezaliman. Silat adalah satu perjuangan demi menuntut dan membela kebenaran.

Tak perlu gusar, tak perlu risau. YAKIN.

Hidayah kan milik Allah.

Sumber: Facebook Khen HM

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×